Kenali Jenis Keputihan & Cara Rawatan

Salam i-Sihat, u sihat.. Insya-Allah, kita semua sihat.. Kali ni admin nak share tentang masalah keputihan yang sering dialami oleh wanita.. Jom baca sama-sama..

Apakah itu penyakit keputihan?
Masalah keputihan atau lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar daripada faraj wanita merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita di seluruh dunia. Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan berikutan oleh aktiviti seksual. Ramai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap ia sebagai suatu petanda lazim sebelum kitar haid. Setiap wanita perlu mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran lelehan lendir faraj secara semula jadi dengan penyakit keputihan yang serius yang memerlukan rawatan perubatan.

Jenis-Jenis Keputihan
Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologis dan keputihan patologik. Keputihan yang bersifat fisiologis biasanya normal dan tidak menunjukan gejala penyakit. Keputihan jenis ini sering berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid). Lelehen lendir yang normal selalunya berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair. Keputihan patologik bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj. Keputihan fisiologis merupakan petanda yang sangat normal di mana hampir setiap wanita melalui keadaan ini. Sebaliknya, keputihan patologis disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) perlu dirawati.


Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada Penyakit Keputihan?
  1. Faktor Kebersihan
    Kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku.

    Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.

  2. Faktor Hormon
    Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit kuputihan. Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara yang tersenarai di bawah:
    • Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.
    • Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.
    • Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkordinasikan penghasilan hormon yang seimbang.
    • Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah
    •  
  3. Faktor Gaya Hidup
    Gaya hidup seseorang wanita sangat mempengaruhi status kesihatan beliau. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj.

  4. Faktor Kesihatan
    Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS,atau barah, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.
Hubungan Mikroorganisma Dengan Penyakit Keputihan

Terdapat pelbagai bakteria pada bahagian faraj wanita yang dikenali sebagai bakteria semula jadi. Antara bakteria semula jadi yang sangat berguna pada bahagian faraj dikenali sebagai Lactobacillus. Lactobacillus merupakan sumber utama asid lactic yang mengekalkan PH bahagian faraj antara 3.5 hingga 4.6 iaitu dalam persekitaran keasidan. Keadaan berasid ini mampu melindungi faraj daripada jangkitan kuman.

Jangkitan kuman akan berlaku apabila fungsi bakteria semula jadi diganggu oleh faktor luaran, misalnya penggunaan produk pencuci bahagian intim yang tidak sesuai boleh mengubah persekitan yang berasid seterusnya membunuh normal flora yang sedia ada. Keadaan ini mendorong kepada pertumbuhan organism komensal yang lain secara berlebihan sehingga berlaku jangkitan.

Penyakit keputihan adalah berpunca daripada jangkitan kuman terutamanya oleh Gardnerella vaginalis, Trichomonas vaginalis dan Candida albicans. Punca jangkitan dan ciri-ciri klinikal untuk setiap agen adalah seperti dalam jadual dibawah :-

Agen Penyebab Penyakit Keputihan



Bahaya Penyakit Keputihan

Penyakit keputihan yang tidak dirawat akan mengundang kepada pelbagai komplikasi yang merbahaya. Penyakit keputihan yang lewat ditangani, bukan sahaja berpotensi untuk menyebabkan kemandulan dan kehamilan di luar rahim, tetapi boleh menyebabkan penyakit kanser rahim yang boleh membawa kematian. Penyakit keputihan yang tidak diambil perhatian pada jangka masa yang lama lebih sukar untuk diberikan rawatan. Ini adalah hasil daripada penambahan sifat kerintangan bakteria atau kulat terhadap antibiotik atau antifungal.

Masalah penyakit keputihan yang kronik adalah berikutan dari jangkitan yang berlaku pada faraj menular ke bahagian rongga rahim (uterus) dan kemudian ke saluran pengeluaran telur (Fallopian tiub). Jangkitan kronik ini boleh menyebabkan kandungan terbentuk di luar rahim dan pendarahan yang boleh mengakibatkan kematian ibu dan bayi.

Wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah, penyakit keputihan yang dianggap biasa boleh menjadi serius dan mengancam nyawa. Jangkitan yang bermula pada bahagian faraj boleh menyebabkan infeksi sekunder di mana kuman tersebut boleh memasuki saluran darah akibat aktiviti menggaru yang menghasilkn pembentukan luka. Gejala ini dikenali sebagai kandidiasis invasif yang sangat merbahaya dan memerlukan rawatan rapi.

Cara mencegah Penyakit Keputihan

Mencegah adalah sentiasa lebih baik daripada mengubati. Pengetahuan dan kesedaran mengenai cara-cara menghindari penyakit keputihan adalah sangat penting kepada kaum wanita agar gaya hidup yang sihat dan selamat dapat diamalkan. Sebagai langkah pencegahan daripada penyakit keputihan, berikut adalah amalan-amalan yang disarankan kepada semua wanita:
  • Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
  • Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
  • Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
  • Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
  • Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
  • Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
  • Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
  • Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
  • Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.
  • Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.
SUMBER

Nota Que: Tips dari admin.. Amalkan minum i-Sihat Premium Berry, insya-Allah dapat mengatasi masalah keputihan..

i-Sihat Susu Asli

icon1
BEBAS LEMAK TRANS
Lemak trans mengurangkan paras HDL (kolesterol baik) dan meningkatkan paras LDL (kolesterol jahat). Malah meningkatkan risiko mendapat diabetis.
icon2
TANPA GULA TAMBAHAN DAN TIDAK HAMIS
Diformulasikan dengan teknologi tinggi untuk penghasilan susu yang tidak hamis, sedap dan mengekalkan khasiat semulajadi
icon3
ORGANIK
Diimport khas dari Holland yang merupakan pengeluar produk tenusu yang terkemuka di dunia dan dijamin 100% organik.
icon4
FORMULASI YANG KAYA DENGAN NUTRISI PENTING
i-Sihat Susu Asli dirumus khas dengan adanya DHA, ALA, MULTIVITAMIN, ZAT BESI, ASID FOLIK, MINERAL, KALSIUM, PROTEIN dan OMEGA 3,6,& 9.

KELEBIHAN I-SIHAT SUSU ASLI
  • Meningkatkan daya ingatan, kepekaan, dan kecerdasan minda (IQ-EQ)
  • Meningkatkan daya ketahanan badan (imunisasi) dan fungsi tulang, gigi, otot, sel kulit dan sel saraf
  • Bersifat alkali dan tidak menyebabkan alahan
  • Mencegah anak dari demam kuning, ekzema, sembelit dan pembentukan lendir
  • Menjana lebih banyak susu ibu yang berkualiti
  • Meningkatkan paras Hb ibu mengandung
  • Sangat baik untuk sistem penghadaman dan usus
  • Diperkaya dengan nutrisi yang amat penting untuk kesihatan badan
  • Melalui prosedur pemprosesan berteknologi tinggi dan terbaik untuk mengekalkan kualiti, nutrisi dan khasiat semulajadi susu.
  • Sesuai untuk semua peringkat umur


KEISTIMEWAAN I-SIHAT SUSU KAMBING ASLI
  • Diformulasikan oleh doktor perubatan
  • 100% Organik
  • Tanpa bau hamis
  • Tanpa gula tambahan
  • Tanpa perisa dan pewarna tambahan
  • Tanpa campuran susu skim atau susu lembu
  • Tanpa mineral sintetik
  • Bebas dari bahan GMO (Genetically Modified Organism)
  • Tiada krimer tenusu

PRODUK DIPERCAYAI
  • Dijamin halal (JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/1 069-11/2012)
  • Produk keluaran muslim bumiputera
  • Diproses di kilang yang telah memenuhi syarat bagi pensijilan KKM & MESTI
  • Diuji secara klinikal oleh dua lab yang telah mendapat akreditasi oleh Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM)


NUTRISI HEBAT I-SIHAT SUSU ASLI

DHA & ALA
Membantu pembentukan sel-sel otak dan retina mata
OMEGA 3, 6 & 9
Mencegah risiko sakit jantung, nyanyuk dan mengurangkan keradangan dalam salur darah
MULTIVITAMIN
Penjagaan kesihatan badan yang optimum dan mengawal fungsi sel
ZAT BESI
Membantu pertumbuhan hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah dan memaksimumkan fungsi otot
ASID FOLIK
Membina DNA yang baru dan memperbaiki DNA yang rosak dalam sel iaitu penting untuk pembentukan janin
KALSIUM
Mencegah osteoporosis (tulang reput) serta menguatkan dan menjaga kesihatan gigi
PROTEIN
Menggantikan sel yang rosak dan membekalkan tenaga
MINERAL
Membantu menjaga kesihatan otot, saraf dan jantung


CARA BANCUHAN i-Sihat SUSU ASLI
  • Bayi 6 bulan ke atas / Pengambilan 3 ke 4 kali sehari
    cara1
  • Umur 1-3 tahun / Pengambilan 2 kali sehari
    cara2
  • Umur 4 tahun dan ke atas / Pengambilan 2 kali sehari
    cara3
  • Tidak digalakkan bagi bayi berumur 6 bulan ke bawah.
  • Isihat sangat menyokong penyusuan susu ibu.
  • Elakkan menggunakan air panas mendidih untuk mengekalkan khasiat susu.
  • Boleh dibancuh menggunakan air suam dan air sejuk menggunakan shaker

JENIS PEMBUNGKUSAN i-Sihat SUSU ASLI
Pek besar (500gram)
PEMBUNGKUSAN2


Sachet (20x25gram=500gram)
PEMBUNGKUSAN
*Simpan di dalam bekas kedap udara dan kering selepas dibuka.

i-Sihat SUSU KAMBING ASLI sesuai untuk seisi keluarga



Asli ns

HARGA PASARAN
i-Sihat SUSU KAMBING ASLI (500GRAM)
SACHET/POUCH
RM 45.00 (Semenanjung Malaysia)
RM 50.00 (Sabah & Sarawak)

Laman Web Rasmi i-Sihat

Salam i-Sihat, u sihat.. Insya-Allah, kita semua sihat.. Admin excited nak bagi tahu kepada semua.. Web rasmi i-Sihat kini sudah boleh dilayari..
Design web cun melecun.. Menu yang mesra pelanggan.. Senarai pengedar pun ada.. hehehehe.. Cuba la cari nama admin.. Senang cakap, apa sahaja yang anda nak tahu tentang i-Sihat ada di web rasmi i-Sihat..

Ok, admin dah copy nama pengedar i-Sihat dan masukkan dalam blog.. So dapat memudahkan anda semua mengenali pengedar i-Sihat yang berhampiran dengan kawasan anda..

Boleh tengok kat menu PENGEDAR.. Dan boleh juga terus layari web rasmi i-Sihat.. www.isihat.com.my


Nota Que: Jom ramai-ramai kita serbu web i-Sihat.. Banyak info menarik untuk semua..

Salam Isra' Mikraj 1438H

Salam i-Sihat, u sihat.. Insya-Allah, kita semua sihat.. Salam Isra' Mikraj 1438H.. Dan Selamat Hari Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong.. Daulat Tuanku..

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah سبحانه وتعالى dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi ﷺ langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi Muhammad ﷺ sebaik Baginda  bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah سبحانه وتعالى. Allah سبحانه وتعالى telah menunjukkan bukti² kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda  ﷺ.
.
Firman Allah سبحانه وتعالى:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ﴿١

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Petikan artikel ~ shafiqolbu ~


 Nota Que: Semoga kita semua dapat menghayati pengajaran disebalik peristiwa Isra' & Mikraj..

Dadih i-Sihat

Salam i-Sihat, u sihat.. Insya-Allah, kita semua sihat.. Nak tahu, i-sihat bukan sahaja sedap diminum, tetapi juga sangat sedap dijadikan sebagai perasa makanan..

Minggu lepas, admin beli serbuk dadih.. Admin salah faham, (baca tak habis).. Sekali pandang, admin baca dadih tu ada pelbagai perisa di dalamnya.. So dengan semangat berkobar-kobar admin beli 1pack yang boleh hasilkan 2liter dadih..

So dengan semangat yang masih berkobar-kobar, admin masak serbuk dadih tu.. Tapi admin tengok cuma ada perasa coklat.. Admin rasa agak hampa.. Then baru perasan, tulisannya dadih didapati dalam pelbagai perasa.. Bukannya pelbagai perasa dalam 1pack.. Hahahaha..

Disebabkan admin nak juga buat dadih pelbagai perasa, admin dapat idea.. Jeng.. Jeng.. Jeng..

Admin tak nak guna perasa yang diberi dalam pack.. Sebaliknya selepas dadih mendidih, admin bahagi kepada 3 bahagian.. Admin gunakan susu i-Sihat sebagai perasa.. So 1 perasa i-Sihat Asli, 1 perasa i-Sihat VaChoc dan 1 perasa i-Sihat Premium Berry..

Rasanya??? Sangat sedap dan sangat berkhasiat untuk seisi keluarga.. Anak-anak admin suka sangat.. Habis dimakan, admin pun senang hati.. Ok, dadih i-Sihat Premium Berry cuma untuk admin sorang.. Hehehehe..
Dadih i-Sihat Asli
 
Dadih i-Sihat VaChoc

Dadih i-Sihat Premium Berry

Nota Que: Hari ni, admin masak dadih i-Sihat lagi.. Sedap.. Masing-masing tak sabar nak makan..

Kupon Tebus Hadiah

Salam i-Sihat, u sihat.. Insya-Allah, kita semua sihat.. Sorry, admin terlupa nak post entry Kupon Tebus Hadiah.. 
Perasan tak, kat telinga kotak ada kupon tebus hadiah??? Caranya, anda hanya perlu gunting kupon hadiah yang terdapat pada telinga kotak.. Kumpulkan sehingga cukup 20 set atau 30 set.. Kemudian hantarkan set kupon hadiah beserta Borang Testimoni & Tebus Kupon i-Sihat ke alamat berikut:

i-Sihat Resources
No. 17, Jalan PH 2/2, Putra Heights,
Off Jalan Maktab,
43650 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Kalau anda pengguna i-Sihat Asli dan VaChoc, anda hanya perlu kumpul 20 set kupon untuk tebus hadiah.. Bagi penggemar i-Sihat Premium Berry pula, anda perlu mengumpul 30 set kupon hadiah..
 Borong penebusan anda boleh perolehi di bawah ni.. Klik icon pop-out pada dokumen di bawah untuk download atau print borang..




Nota Que: Jom kira dah ada berapa kupon hadiah yang terkumpul.. Nanti boleh tebus hadiah menarik dari i-Sihat..

Disclamer

Blog i-Sihat Susu Kambing adalah blog rasmi bagi produk keluaran i-Sihat Resources. Dari semasa ke semasa admin akan kongsikan tips gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Amalkan minum susu kambing, sihat dapat, pahala pun dapat... Insya-Allah...

Amaran: Sekiranya anda mempunyai alahan pada hasil tenusu, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba apa-apa produk hasil tenusu.. Pihak admin tidak bertanggungjawab ke atas kesan sampingan yang mungkin dihadapi oleh anda.. Perkongsian dalam blog adalah berdasarkan pengalaman admin mengamalkan i-Sihat Susu Kambing dan testimoni dari pelanggan..

VideoBar

This content isn't available over encrypted connections yet.
Powered by Blogger.