Q & A ellVita




FAQ 1: Adakah produk ellVita ini mendapat kelulusan halal JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)?
DR ZARA: Ya, semua produk ellVita telah mendapat kelulusan halal dari pihak JAKIM.

 
FAQ 2: Dimanakah produk ellVita ini dikeluarkan / diperbuat?
DR ZARA: Produk ellVita diperbuat daripada susu kambing organik yang diimport dari Netherland dan diproses di kilang 100% Bumiputera muslim.
 

FAQ 3: Adakah ellVita susu kambing ini bersifat panas/ berasid?
DR ZARA: Tidak, ellVita Susu Kambing tidak bersifat panas. Ianya tidak akan menaikkan suhu badan pengguna ataupun menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. ellVita susu kambing bersifat alkali, jadi ia dapat menyeimbangkan tahap pH dalam badan anda. Malah, protein yang terkandung di dalam ellVita susu kambing dapat membantu menstabilkan tekanan darah anda, insya-Allah.

 
FAQ 4: Adakah wanita hamil boleh mengambil ellVita susu kambing?
DR ZARA: Ya. Saya amat menyarankan ibu hamil untuk mengambil produk ellVita susu kambing Asli atau ellVita susu kambing VACHOC kerana ianya amat baik untuk ibu mengandung dan membantu perkembangan janin dalam kandungan. Pengambilan susu kambing ellVita dapat membantu para ibu mendapat tenaga yang secukupnya, melancarkan penghadaman, menguatkan antibodi badan, menghalang anemia (kurang sel darah merah) serta memperbanyakkan susu badan (milk booster) apabila bersalin kelak. Manakala untuk perkembangan bayi, susu kambing ellVita membekalkan kandungan kalsium dan asid folik yang tinggi bagi menguatkan tulang dan mencegah masalah kecacatan saraf pada bayi.

 
FAQ 5 : Bagaimanakah cara untuk mendapatkan produk ini? 
DR ZARA: Produk ellVita boleh didapati dengan mudah menerusi belian secara online atau offline. Pembelian melalui kaedah online hanya perlu membuat tempahan di mana-mana media online ellVita termasuklah di website kami menerusi belian pantas di: 
www.ellvita.com. Setelah pembayaran anda disahkan, pihak ellVita akan membuat pengeposan ke alamat anda. Manakala pembelian secara offline, COD, Home Delivery dan online sale juga boleh didapati di outlet-outlet kami di sekitar kawasan anda atau boleh menghubungi ejen Gold kami yang berkhidmat mewakili kawasan anda. 


FAQ 6: Adakah susu kambing boleh mengubat penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, gastrik, asma dan sebagainya?
DR ZARA : Susu kambing bukanlah ubat-ubatan, ianya adalah salah satu makanan tambahan yang berkhasiat dan merupakan makanan sunnah. Setakat ini tiada bukti saintifik yang konkrit berkenaan perkara ini tetapi terdapat kajian- kajian berkenaan perkara ini yang memberikan keputusan positif dan membantu pesakit-pesakit mendapatkan tahap kesihatan yang lebih baik.

 
FAQ 7 : Bolehkah susu kambing ellVita dicampur dengan minuman lain?
DR ZARA : Boleh. Susu kambing ellVita amat sesuai untuk dicampur dengan serbuk coklat, nestum, oat, sirap, dan lain-lain. Malah ellVita susu kambing asli sesuai untuk digunakan dalam masakan sebagai pengganti santan dan sesuai untuk jenis masakan seperti puding, kek, biskut dan aneka pencuci mulut serta lauk-pauk. Tiada kesan sampingan malah menjadi menu sihat harian anda dan berkhasiat untuk seisi keluarga.

 
FAQ 8: Adakah ellVita susu kambing sesuai bagi bayi?
DR ZARA : Saya menyarankan agar ellVita susu kambing Asli boleh diambil oleh bayi yang berumur 1 tahun ke atas sebagai makanan pelengkap kepada anak anda. Ibu bapa perlu membuat pemantauan berkala terhadap najis dan pembesaran (berat badan) anak-anak. Sekiranya terdapat sebarang perubahan pada bayi hendaklah dihentikan sementara waktu dan boleh menghubungi pihak kami untuk konsultasi seterusnya.

NOTA: ellVita sangat menyokong penyusuan susu ibu.
Berikut adalah cara bancuhan EllVita Susu Kambing Asli bagi bayi:

Cadangan penyediaan : 1 scoop + 60ml/2 ounce air suam
Cadangan hidangan: 3-4 kali sehari


 
FAQ 9: Anak saya alah kepada susu lembu adakah dia tidak alah kepada susu kambing?
DR ZARA: Ya mungkin, kerana komposisi a-lactalbumin dan b-lactoglobulin (sejenis Protein susu) diantara susu kambing dan susu lembu adalah tidak sama. Susu kambing juga mempunyai tahap laktosa yang lebih rendah berbanding laktosa dalam susu lembu, iaitu dalam anggaran 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yang cirit birit & alahan kepada susu lembu & susu tepung yang lain.


FAQ 10: Apakah perbezaan ellVita Susu Kambing ASLI, VACHOC Plus 10 dan PREMIUM BERRY?
DR ZARA: ellVita susu kambing ORGALAC ASLI merupakan susu kambing 100% organik tanpa gula tambahan, krimer yang minimum, tanpa perisa tambahan dan tanpa bau hamis manakala Vachoc 10 Plus pula adalah susu kambing premix hasil gabungan perisa Vanila Dan Coklat yang diperkaya dengan 10 makanan sunnah. ellVita Premium Berry pula adalah minuman kolagen berasaskan susu kambing yang diperkayakan dengan 15 bahan aktif semulajadi terbaik dan terpilih dari seluruh dunia khas untuk wanita dan lelaki yang inginkan kulit sihat, cantik, putih serta anjal dan menambah tenaga serta memperbaiki kelansungan kesihatan tubuh badan anda.

 
FAQ 11: Bagaimanakah cara penyediaan dan pengambilan ellVita susu kambing bagi orang dewasa?
DR ZARA: Penyediaannya mudah sekali iaitu hanya masukkan 4 scoop atau 1 sachet ellVita susu kambing asli, vachoc atau premium berry dan dibancuh menggunakan 200ml air suam atau sejuk. Boleh dibancuh menggunakan shaker. (Shake, shake je uolls). Diambil 2 kali setiap hari iaitu pada waktu sarapan dan malam sebelum masuk tidur.

 
FAQ 12: Berapa lamakah Susu Kambing ellVita boleh bertahan selepas dibancuh?
DR ZARA : Kesemua produk ellVita Susu Kambing dirumuskan untuk bertahan sehingga 6 jam dalam keadaan suhu bilik (20 hingga 25 darjah selsius) setelah dibancuh dengan cara penyediaan yang telah disyorkan. Namun ianya jua bergantung kepada “hygine practice” semasa membancuh susu.

 
FAQ 13: Apakah bentuk pembungkusan produk ellVita?
DR ZARA : Terdapat pelbagai keistimewaan susu kambing ellVita. Salah satunya adalah dari segi pembungkusan. Produk ellVita didatangkan dalam 2 jenis pembungkusan bagi memudahkan pelanggan kami iaitu dalam bentuk ‘pouch’ (paket besar) beserta skop bancuhan & pek ‘sachet’ (paket kecil). Sekotak produk susu ellVita yang berbentuk ‘pouch’ mempunyai susu seberat 500g. Manakala sekotak produk susu ellVita yang berbentuk ‘sachet’ mengandungi 20 ‘sachet’ seberat 25g masing masing dan berat keseluruhan juga adalah sama iaitu 500g. Istimewanya lagi adalah harga bagi kedua-dua jenis pembungkusan ini adalah sama. Oleh itu ellVita sesuai untuk di bawa ke pejabat dan travel ke mana saja kerana mempunyai pek sachet yang mudah dibawa, manakala para ibu yang lebih suka menyimpan susu di dalam bekas untuk bancuhan anak lebih selesa memilih pek besar/pouch beserta skop.


FAQ 14: Adakah susu kambing boleh memberikan kesan sampingan sekiranya diambil tanpa mengikut cadangan penyediaan yang disarankan?
DR ZARA: Umumnya, susu kambing adalah salah satu makanan tambahan (supplement) untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh badan kita. Bukan hanya susu kambing, malah makanan tambahan (supplement) lain ataupun ubat ubatan juga boleh memberikan kesan sampingan jika mengambilnya dalam kuantiti yang berlebihan atau tidak sesuai dengan tubuh badan. Daripada pemerhatian yang dijalankan, rata-rata pengguna susu kambing tidak mengalami kesan sampingan apabila mengambilnya. Namun, ada sejumlah kecil di kalangan penggemarnya akan merasa panas rongga badan dan mulut turut merasa kering. Solusi yang saya boleh sarankan sekiranya anda mengalami kondisi seperti ini adalah mengikut prosedur di bawah:

1) Anda hendaklah meminum air kosong selepas mengambil susu kambing/atau
2) Cuba elakkan daripada mengambil lebih jumlah bancuhan/kekerapan yang di sarankan/atau
3) Jika simptom berlarutan, cuba ambil susu kambing selang sehari atau 3 kali dalam seminggu (kekerapan dikurangkan)/dan
4) Sekiranya masih tidak serasi dengan badan, disarankan hentikan pengambilan

Kami memberikan maklumat di atas disebabkan keprihatinan kami demi kepentingan ibu bapa dan anak-anak dan kami tekankan bahawa ellVita adalah makanan tambahan bukan ubat atau penawar yang boleh menyembuhkan 1001 penyakit. Kami tak janjikan bulan dan bintang, namun jika anda konsisten minum ellVita mengikut sukatan yang dicadangkan, insya-Allah, ada kebaikan untuk tubuh badan anda. Prevention is better than cure. Jika ada keserasian dengan produk ellVita anda boleh teruskan pengambilan dan jika terdapat alahan susu dan sebagainya segera dapatkan nasihat doktor. Boleh juga membuat konsultasi percuma dengan Dr Zara di facebook page “Ibu dan Anak Sihat Bersama Dr Zara”.
 
*Oleh kerana terlalu ramai yang bertanya Dr Zara di FB dan Page tentang khasiat/masalah/kesan/ pelbagai produk lain seperti produk minuman kesihatan dan kecantikan, buat masa ini Dr Zara hanya dapat tumpukan kepada pelanggan ellVita sahaja.

0 comments:

Post a Comment

Disclamer

Blog ellVita Susu Kambing adalah blog rasmi bagi produk keluaran i-Sihat Resources. Dari semasa ke semasa admin akan kongsikan tips gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Amalkan minum susu kambing, sihat dapat, pahala pun dapat... Insya-Allah...

Amaran: Sekiranya anda mempunyai alahan pada hasil tenusu, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba apa-apa produk hasil tenusu.. Pihak admin tidak bertanggungjawab ke atas kesan sampingan yang mungkin dihadapi oleh anda.. Perkongsian dalam blog adalah berdasarkan pengalaman admin mengamalkan i-Sihat Susu Kambing dan testimoni dari pelanggan..
Powered by Blogger.