Mengenai Kami

ellVita yang popular dengan tagline 'Hadiah Terbaik Buat Diri mu' dan 'i-SIHAT, You SIHAT, Semua SIHAT' merupakan syarikat milikan penuh orang Islam dan Bumiputera. Proses pengilangan kami juga berteraskan aturan Islam dan Halal 100% serta suci tanpa ragu-ragu. Kepakaran kami di ellVita ini adalah dalam merevolusikan susu kambing dan makanan sunnah ke tahap citarasa bertaraf antarabangsa dan dirumuskan secara saintifik. Bahkan kami juga mendapat nasihat dan perundingan dari Doktor Perubatan dalam menghasilkan formulasi dan menjadi penasihat kesihatan ellVita.


Syarikat kami juga telah pun menjalankan analisis ujian makmal produk kami di dua (2) buah makmal yang diiktiraf oleh Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) bagi memastikan kandungan dan fakta nutrisi produk kami adalah benar dan terbukti melalui analisis ujian makmal tersebut. Malahan, kesemua produk yang dikeluarkan oleh ellVita di jamin halal (No Rujukan: JAKIM /(S)/(22.00)/492/2/1069-11/2012-30sept2018)

            

ellVita mengeluarkan 3 produk utama iaitu ellVita susu kambing Asli, ellVita susu kambing Vachoc Plus
10 dan ellVita Premium Berry 15 dalam 1. Keistimewaan produk kami ialah produk pertama di Malaysia yang mengeluarkan perisa vanila yang digabungkan dengan rasa coklat serta ditambah dengan 10 ekstrak makanan tambahan dikenali sebagai Vachoc Plus 10, manakala Premium Berry pula adalah produk susu kambing yang dirumus istimewa dengan 15 bahan aktif semulajadi untuk kesihatan kulit. Ia berfungsi sebagai ejen anti-penuaan dan kesihatan dalaman melalui gabungan ekstrak terpilih seperti ekstrak bunga sakura, applephenon, astaxanthin, kolagen, madu dan banyak lagi. Revolusi baru makanan kesihatan yang berasaskan susu kambing dibawa ellVita kini semakin dikenali ramai serta mendapat permintaan tinggi dari VVIP, golongan profesional, ahli sukan, belia, gadis muda, ibu hamil & ibu menyusukan anak, kanak-kanak & bayi seawal usia 6 bulan. Selain itu, produk ellVita juga menjadi pilihan utama warga emas, dan ia sebenarnya sesuai untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia dan jantina. ellVita adalah produk yang berkualiti tinggi tetapi dengan harga yang mesra pengguna serta diperkaya dengan pelbagai nutrisi.
 ellVita juga membantu masyarakat diluar sana dengan menyediakan ruang & peluang sebagai rakan niaga kami untuk menjadi ejen kami yang dikenali sebagai ‘Gold Partner’ atau stokis kami dikenali sebagai ‘Diamond Partner’. ellVita pastinya tidak berada di sini tanpa sokongan padu dari pengguna ellVita (healthians) serta kerjasama dan usaha semua pihak yang terlibat dari staf, kilang, ejen-ejen dan stokis kami. Terima kasih di ucapkan kepada semua.

i-Sihat Resources
No. 17 Jalan PH2/2, 
Putra Height's Off Jalan Maktab, 
43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor

fb   EllVita Susu Kambing Hq 

 phone  019-202 0911


ellVita: 
Tasty-Tested-Trusted




0 comments:

Post a Comment

Disclamer

Blog ellVita Susu Kambing adalah blog rasmi bagi produk keluaran i-Sihat Resources. Dari semasa ke semasa admin akan kongsikan tips gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Amalkan minum susu kambing, sihat dapat, pahala pun dapat... Insya-Allah...

Amaran: Sekiranya anda mempunyai alahan pada hasil tenusu, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba apa-apa produk hasil tenusu.. Pihak admin tidak bertanggungjawab ke atas kesan sampingan yang mungkin dihadapi oleh anda.. Perkongsian dalam blog adalah berdasarkan pengalaman admin mengamalkan i-Sihat Susu Kambing dan testimoni dari pelanggan..
Powered by Blogger.