8 Tips Persediaan Sebelum Bersalin

Sebagai ibu yang akan menanti kelahiran anak, sudah pasti banyak perkara yang anda tidak ketahui. Malah anda langsung tiada pengalaman dalam melalui situasi untuk bersalin. Mungkin sebelum ini hanya menemani ahli keluarga bersalin. Jadi hari ini saya ingin kongsikan tips persediaan sebelum bersalin.

1. Simpanan Duit
Walaupun anda merancang untuk bersalin normal, tapi anda tetap perlu membuat simpanan untuk bersalin secara pembedahan. Jika mempunyai masalah untuk bersalin secara normal. Ini adalah salah satu tips supaya anda tidak perlu risau tentang masalah duit.

2. Lokasi Hospital
Ini sangat penting kerana, ia dapat memudahkan anda untuk menuju ke sana. Selain itu, dinasihatkan untuk memilih hospital yang berdekatan dengan kawasan perumahan anda dan elakkan memilih hospital yang berada di kawasan sesak dengan lalu lintas.

3. Kemudahan Hospital
Kemudahan yang anda perlu beri perhatian seperti wad bersalin, bilik bayi, bilik ICU untuk ibu, bilik NICU untuk bayi dan peralatan perubatan untuk menghadapi saat kecemasan. Selain itu, anda perlu tahu jika hospital tersebut mempunyai sokongan yang lengkap jika bayi dilahirkan pramatang atau lemas sewaktu bersalin. Sangat penting untuk memilih hospital yang mempunyai kelengkapan yang mencukupi.

4. Penyusuan Susu Ibu
Buat persediaan secukupnya sejak dari awal kehamilan, sekiranya anda bercadang mahu menyusukan bayi secara eksklusif apabila dia lahir kelak dan cari sebanyak mungkin maklumat berkaitan penyusuan susu ibu termasuk kesukaran yang mungkin berlaku bagi mengatasi masalah itu.

5. Kelengkapan Ibu
Semakin menghampiri waktu bersalin, anda sudah pun siap menyediakan barangan kelengkapan untuk di bawa ke hospital. Paling penting, adalah kad pengenalan anda dan kad pemeriksaan kesihatan ibu hamil.

6. Kelengkapan Bayi
Pakaian bayi berlengan panjang serta seluarnya, topi, sarung tangan dan sarung kaki, kain bedung dan selimut, lampin bayi untuk dibawa ke hospital. Untuk kelengkapan selepas keluar dari hospital, beberapa helai baju berlengan panjang dan seluar panjang, baju berlengan pendek dan seluar pendek serta sarung tangan dan sarung kaki, termasuklah bedak, losyen, syampu, sabun mandian, minyak bayi, minyak telon, kapas muka, tisu basah dan sebagainya.

7. Persediaan Berpantang
Untuk kelancaran proses berpantang, anda perlu menyediakan kelengkapan yang mencukupi. Sediakan tukang urut yang mahir dalam kerja-kerja mengurut wanita selepas bersalin serta batu tungku, bagi membolehkan anda bertungku nanti. Untuk set bersalin, pilihan yang terbaik adalah, anda mendapatkan pandangan daripada mereka yang berpengalaman sebelum memilih set bersalin yang sesuai dengan keperluan diri anda.

8. Rehat Yang Mencukupi
Pastikan anda mendapat rehat yang mencukupi sebelum melahirkan. Makan makanan yang berkhasiat untuk anda dan bayi dalam kandungan dan pastikan perut anda terisi sebelum proses kelahiran bagi mengekalkan stamina semasa bersalin. Jika anda kurang selera, jangan paksa makan, tapi makanlah sedikit dengan kerap.









0 comments:

Post a Comment

Disclamer

Blog ellVita Susu Kambing adalah blog rasmi bagi produk keluaran i-Sihat Resources. Dari semasa ke semasa admin akan kongsikan tips gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Amalkan minum susu kambing, sihat dapat, pahala pun dapat... Insya-Allah...

Amaran: Sekiranya anda mempunyai alahan pada hasil tenusu, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba apa-apa produk hasil tenusu.. Pihak admin tidak bertanggungjawab ke atas kesan sampingan yang mungkin dihadapi oleh anda.. Perkongsian dalam blog adalah berdasarkan pengalaman admin mengamalkan i-Sihat Susu Kambing dan testimoni dari pelanggan..
Powered by Blogger.